Burger Rosli

"Maaakkkkkkkkk!!!"

Anak kecil itu bergayut-gayut di lengan maknya. Terlompat-lompat. Meronta-ronta dibelikan sesuatu. Azman di sebelah sedang bengkek dengan pekikan dan jeritan budak tersebut. Agakannya budak itu baru berumur 6 tahun.

"Maaaaakkkk!! Cepaaaaaatt laaaaa adiikkkk naaaakkkkk!!!"

"Apa mengada sangat perangai ni?" Azman bermonolog dalaman. Sekali-sekali dijelingkan ekor matanya ke kanan ke kiri takut-takut monolognya terkeluar di bibir didengari orang.

"Adik nak burgerrrrrr!!" sambung anak kecil itu. Masih lagi bergayut pada maknya.
"Ha ye lah, nak burger apa?"
"Eh, taknak lah, nak hotdog. Boleh?"
"Hotdog apa?" tanya mak budak.
"Kejap,"

Ditenung dalam menu yang terpampang di hadapan gerai burger tepi jalan. Mulutnya terkumat-kamit entah apa yang disebutnya. Barangkali cuba memahami menu apa yang terhidang.

"Ok, adik tak jadi nak hotdog. Adik nak burger,"
"Burger apa nak?"

"Ok bro, burger burung unta double special cheese satu kan?" tanya brader jual burger.
"Haah," balas Azman.
"Ok ni dia. 7 ringgit ye,"

Azman membuka dompetnya. Telinganya masih lagi terpasang pada perbualan dua beranak tadi.

"Emm, adik nak burger ayam. Nak special dengan cheese tapi tak nak sayur. Tanak sos cili, nak tomato je. Mayonis lebih pastu nak kuah black pepper," 

"Ok Danial, mak cuba," kata maknya sambil mengeluh seakan penat melayan kerenah anaknya.

Azman tersengih. 

Memang betul kata orang, nama juga mempengaruhi perangai anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D