3.

"Ah Tat!" jerit Marzuki.

Percikan darah menghiasi dinding rumah agam yang serba putih itu. Jonathan kaku berdiri sambil tangannya memegang erat beg kanvas sebesar 1.5X2 itu.

Tubuh Ah Tat yang gempal itu rebah ke lantai. Dengusan kegeraman mengisi ruang tamu rumah tersebut. Pemukul baseball dihiasi paku itu berlumuran cecair merah menitik satu per satu ke atas lantai. Mata Marzuki masih terbeliak. Kaki Jonathan seakan disimen kering di atas lantai marmar putih itu.

"Jonathan, lari la bodoh!" lagi sekali Marzuki menjerit sambil tangannya cuba menggapai tangan Jonathan. Dia tahu, Jonathan sedang ketakutan. Jonathan memang begitu. Penakut dan mudah cuak.

"Korang salah masuk rumah lah!" jerit lembaga memegang pemukul baseball.

SSAAAPPP!

Pemukul dihayun lagi. Tepat mengenai belah kiri muka Jonathan. Cora cecair merah sekali lagi terlukis di atas dinding yang sudah sedia ada coraknya. Jonathan jatuh. Meraung kesakitan. Dia dapat merasa turutan giginya sudah lari. Mulutnya penuh darah, tersembur-sembur keluar sambil dia cuba memanggil Marzuki.

Marzuki tidak menunggu lagi. Dia sudah membuka langkah seribu. Pantas. Bekas sprinter universiti itu sudah tidak hirau akan rakan-rakannya lagi. Dalam fikirannya cuma satu.

SELAMATKAN DIRI!

***


Seorang lelaki dikenali sebagai Zulkarnain didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan akibat memukul dan membelasah dua orang perompak yang memecah masuk rumahnya sehingga menyebabkan kematian.


Marzuki tersenyum membaca headline berita pagi itu.

"Cantik, masuk lagi sekali, untung dapat sorang." getusnya dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D