2.

"Aku nak korang pecah masuk rumah, tapi jangan ambil apa-apa,"

Ah Tat, Jonathan dan Marzuki memandang antara satu sama lain. Bingung.

"Maksud you ah, we go in... but take nothing?" soal Ah Tat.
"Yes," balasnya ringkas.

Mata Marzuki bulat. Dia tak percaya kerja semudah itu diblasa dengan amaun yang sebegitu banyak di hadapannya.

"Baik, kitorang on je. So bila boleh?" Marzuki bersuara.
"Nanti dulu nanti dulu..." Jonathan mencelah.
"...kamu cakap betul la. Takkan itu saja?"

Beliau bangun dari kerusi. Tergelak kecil. Sinis.

"You all tak percaya ke? I just want you guys masuk, selerakkan everything and then blah. As simple as that,"
"Hah, apa lagi Ah Tat, Jonathan. On saja lah," Marzuki sudah beriya-iya mengajak mereka.

Marzuki sudah terbayang dirinya membawa kereta mewah keliling KL, diapit-gadis-gadis cantik. Ah Tat masih lagi diam, berfikir.  Mulut Jonathan terkumat-kamit, tidak percaya dengan offer yang diberikan.

Marzuki terus lalai dibuai angan-angannya. Senyum simpul dia memikirkan habuan yang bakal diterimanya. Itu pun kalau teman seangkatannya setuju dengan tawaran yang diberikan.

"Eh, come on la. Apa lama sangat fikir, it's all easy maa. Ah Tat! Jonathan!" sekali lagi Marzuki memecah kesunyian.
"Ermm, aku... aku... aku okay kalau Ah Tat okay," balas Jonathan ragu-ragu.
"Hah Tat, come on la. Ini durian runtuh wooo, easy money," Marzuki cuba memujuk Ah Tat.

Ah Tat serba salah. Hatinya mula berbolak-balik. Matanya tajam memerhati lembaga yang sedang berdiri tiga kaki di hadapannya. Genggam tangannya makin kuat. Jauh di sudut hatinya, dia percaya ada udang di sebalik batu.

BAMM! Ah Tat menepuk meja.
"Okay! Kami setuju,"
"YESSSSS!" jerit Marzuki seolah-olah kapten team fantasynya berjaya hatrik. Jonathan pula senyum redha, antara mahu gembira atau tidak.

Tubuh di hadapan mereka merapatkan dirinya. Semakin dekat dengan cahaya, semakin jelas akan wajahnya. Senyuman sinis kegembiraannya juga makin terserlah oleh kerana persetujuan yang baru sahaja diterimanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D