Jiwa muda

Masa kau muda, kau naif. Kau innocent.
Dek kenaifan kau, innocence kau, kau bercita-cita tinggi. Lebih berusaha untuk menjadikan dunia ini lebih baik.
Lebih indah, lebih mulia.

Kerana harapan itu masih kuat. Belum putus. Belum dipatahkan kedangkalan manusia dan kesombongan mereka.
Kau anggap setiap kita adalah sama; mahukan yang terbaik untuk semua.

Makin kau tua baru kau faham dan sedar, yang terbaik itu hanya untuk mereka.
Untuk sendiri.
Untuk diri sendiri.

Harapan itu berlalu pergi. Jauh kau lempar di sudut jauh benak hati.
Aku doakan kalian kekal berharap.
Selamanya.
Dan semoga dengan pengharapan yang kekal itu akan ada hati-hati yang tersentuh.

Lalu tersingkap hati-hati ini untuk berubah.
Ke arah dunia yang lebih indah.

2 ulasan:

  1. Aku antara orang yang masih kekal berharap,walau harapan aku kecil.tq utk entri kali ini :)

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D