UPSR

"Mud, dah siap belum?" pekik Pak Kawi dari bawah rumah.

"Tengah siaaaaaappp!" balas Mud.

Pak Kawi melihat jam di tangan. Sudah pukul 8.47. Sudah berapa kali dia pesan pada Mud suruh bersiap awal. Jarak dari rumah mereka ke sekolah bukan dekat. Mau 1 jam juga waktu diambil.

Pak Kawi mundar-mandir menunggu Mud. Kopi buatan isterinya tidak dijamah. Nervous barangkali.

"Abangg, ke sana ke mari, ke sana ke mari, kopinya itu minum lah dulu. Penat Mah buat." ujar Mak Mah, isteri pertama Pak Kawi.

"Bapak, kenapa tak check pakai SMS je?" celah Anita, anak perempuan Pak Kawi. Baru sahaja habis SPM semalamnya.

"Boleh ye?"
"Boleh, sekarang dah canggih. Check pakai SMS je,"
"Tolong bapak, nak,"

Anita mengambil telefon Nokia torchlight bapaknya. Ditekan butang itu butang ini.

*bunyi SMS*
_______________________

UPSR: 0201171045703
BG8048302 2B 3C. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah.
Terima Kasih.

_______________________


Pak Kawi membuka kemeja batiknya. Bersinglet saja. Lalu dicucuhnya rokok Marlboro sebatang. Kopi Mak Mah dihirupnya.

"Bapak Mud dah siap dah," Mud senyum teruja.
"Tak apa lah Mud, kita ambil keputusan kau esok jelah," balas Pak Kawi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D