Malu

"Cikgu!" jerit Mikael sambil mengangkat tangan. Tinggi, terjengket dia dari kerusi. Mahu betul dipilih oleh cikgu.

"Ya?"

"Kenapa malu tu sebahagian dari iman? Apa kena mengena malu dengan iman?" soal Mikael.

"Kalau tak malu, takde iman ke cikgu?" tambah Anis dengan nada terkejut.

"Erm... Macam mana ye cikgu nak cakap, tapi kalau orang tu ada iman, iman dia kuat, dah tentu dia tak akan buat perkara yang tak elok kan?" Zainab berusaha untuk menjawab soalan anak-anak muridnya.

"Ooo tapi malu tu macamana pulak?" Mikael membalas.

Zainab terdiam sebentar. Fikirannya ligat mencari idea dan buah untuk dibentangkan pada seluruh kelas. Tak sangka, baru darjah 6 pun sudah kurius sebegini rupa.

"Ok," Zainab menarik nafas ingin memulakan penjelasannya.

"Semua orang tahu kan, orang yang ada sifat malu, mesti tak buat perkara tak elok. Sebab apa? Sebab dia berasa malu, takut dengan Allah. Ha,"

"Cikgu, kalau post selfie tiap-tiap hari dekat fesbuk ke stegrem ke macamana kira pulak cikgu?"

"..."

Zainab dengan pantas keluar kelas kerana masa mengajarnya sudah tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D