Hotfm

"Dalam banyak-banyak anggota, anggota apa boleh masuk kawasan larangan?"
"Polis?"

Sadis menggeleng.

"Askar? Pak guard?"

Sadis tetap menggeleng.

Marzuki dan Alan puas berfikir. Setengah jam sudah berlalu. Cerita di televisyen pun sudah tamat; kisah seekor buaya berlawan dengan ular. 

"Dah give up?" soal Sadis.

Marzuki dan Alan memandang satu sama lain, antara mahu atau tidak. Mereka sudah penat berfikir. Kalau menyerah, kiranya Sadis memang hebat dalam bermain teka-teki. Itu yang mereka cuba elakkan.

"Ha yelah, give up lah. Malas aku pikir," keluh Alan. Marzuki ikut mengangguk setuju.

Sadis senyum puas. Lalu menarik nafas mahu memberikan jawapan,

"Kakitangan,"

Tersembur air Cappy oren yang sedang diminum Marzuki. Berdekah-dekah mereka ketawa.

"Ini Sadis ke Ebby Yus? Teruk sangat lawak dia kahkahkahkah!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D