Melukut di tepi gantang

"Tapi... Awakk..."

Jembari mengalih pandangannya ke tepi.
Dia melangkah pergi tanpa sempat Jannah menghabiskan kata-katanya. Jembari tak tahu asal usul hujung pangkalnya mana tapi apa yang dia pasti;

Jannah bukan pilihannya.


***

"Awak asal mana?"

Jembari memulakan langkah. Fadil dan Noor di belakangnya menjarakkan diri sedikit, sudah memahami gerak geri Jembari tatkala mengenakan umpan.

"Emm..." 
"Kalau nak, esok datang la klinik, pukul 4. Ok?"

Gadis itu mengangguk senyum. Berat mulutnya untuk mengeluarkan kata-kata. Mana taknya, Jembari kot. Siapa tak kena Jembari? Cowok paling popular di universitinya.

***

DING!

Nombor satu di ikon burung biru muncul. Amna membuka dengan penuh teruja.

Betul lah tekaannya, 
Jembari.

"Ermm.. mungkin kalau tak reti, saya boleh ajarkan. Bila free, jomlah jumpa,"

Begitulah lebih kurang interpretasi Amna. Dalam diam hatinya berbunga. Senyumnya lebar ke telinga.

***

"Sorry la, saya tak bermaksud, saya tak tahu,"
"Malas aku, buat leceh je,"

Atau diamkan aja, nanti faham-faham la mereka, Jembari sudah malas melayan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D