A Toq

"Woi woi cepat woi cepat!"

Semua kelam-kabut bersiap. Abu mencapai seluar trek di tepi katil. Osman baru keluar tandas. Jembari menanggalkan kainnya sekelip mata ditukar dengan jeans Levi's 501 bundlenya.

Masing-masing bergegas turun.

Tanpa melengahkan masa masing-masing memasang langkah seribu. Kelibat di hadapan antara nampak tak nampak, makin pudar dan menghilang.

Di hadapan sekali sudah tentula Toq.

Kalau diikutkan, fitness Toq paling power dalam ramai-ramai orang. Sekali dia melangkah, sampai ke syurga perginya. Setakat ni tak ada siapa lagi yang mampu menandingi kelajuan dan stamina Toq. Toq memang one of a kind.

Masa orang lain sibuk cuti melenggang kaki membelai perut, Toq tak duduk diam. Ada sahaja kerja yang harus dibuatnya.

Bancuh simen, susun bata, pasak jeriji, baiki atap, tebang pokok, kutip buah dusun.

Cerita lah apa-apa kerja, semua Toq pernah buat. 

Kehebatan Toq bukanlah pada fitnessnya saja, hebatnya Toq ni juga pada seni mereneh teh nya. Tipu lah siapa kata teh Toq tak sedap. Orang yang tak minum teh pun pasti terpikat lah dengan aroma dan rasa teh Toq. 

Kalau bomoh boleh jual minyak guna-guna, Toq ada teh dia. Teh dia mampu memikat mana-mana hati yang merasanya. Tapi Toq pandai, dia tak semudahnya memberikan wanita-wanita merasa tehnya. Dia bukan macam Jembari.

Tapi setiap manusia ada cacat celanya.

Kulit Toq tak berapa nak flawless. Nak lawan Nora Danish memang jauh sekali.

Camera360?

Tak mampu nak membantu Toq. Tapi Toq tak kisah. Dia terima seadanya diri dia. Dan dia juga mengharapkan ada di luar sana yang sudi menerimanya seadanya. Bagaimana diri dia yang asal.

Itu lah Toq.

1 ulasan:

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D