Pagi raya

Dalam nampak tak nampak, kegelapan malam, Amin meneliti kelibat di hadapannya.

"Eh, itu bukan Mustapa ke?"
"Iya maaana sihh?" soal Gusdur semula penuh terkejut.
"Tuuuu, jalan depan tu," balas Amin sambil memuncungkan bibirnya jauh ke arah kelibat yang dilihatnya. Tangan kanan dan kirinya penuh plastik barangan dapur untuk openhouse esok.

***

Rumah Amin penuh dengan orang. Maklum lah, juadah percuma pagi Raya, siapa tak mahu kan?

"Assalamualaikummmmm!"

Salam dijawab antara nak tak hendak, tetamu sibuk menjamah. Dah sebulan berpuasa, nikmat melantak waktu pagi harus diutamakan.

Mustapa melangkah masuk rumah. Segak bergaya dengan baju Melayu Jakel yang dibelinya dua minggu lepas. Ini semua gara-gara pengaruh Aaron Aziz. Harga belakang kira lah, yang penting baju dia top notch dan lain dari yang lain. Unik. Anggun. Mutu. Keunggulan.

"Haa jemput, jemput. Sila makan, sila sila." Mustapa menjemput tetamu makan.
"Stapa, dari mana loe?"
"Aku pergi beli ais,"
"Waduuhhhh kok lama benar sih,"
"Pagi raya kedai banyak tutup, ni pun aku beli kat kedai Mong Chun tepi balai sana. Nah," Mustapa menghulurkan dua plastik ais ketul kepada Gusdur.

Gusdur masuk ke dalam dapur tanpa memanjangkan perbualan. Tetamu makin ramai, makanan terhidang makin berkurang. Sejurus kemudian, Amin keluar dari tandas.

Amin masuk dapur. Dia merapati Gusdur.

"Tengok," bisik Amin kepada Gusdur sambil menunjukkan iPhone 5s nya. Stegrem.

"Waduh, kemain ya," Gusdur angguk kagum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D