Kereta

"Woi keluar la!"
"Cepat la cepat, aku mengidam niiiii," keluh Marzuki.

Herman kelam kabut keluar rumah. Marzuki dan Jembari di dalam van menunggunya. Herman pun masuk ke dalam van lalu bergegas ke destinasi.

***

"Malas dohhh,"
"Kau jangan nak sembang, pastu nanti cakap tak ajak la apa la,"
"Korang tak leh ambil aku ke? Aku tak tahu jalan la,"
"Jauh la nak ambil kau, kau datang la nanti. Naik motor. Nak sampai nanti call, aku bagi direction," balas Herman.
"Ha yelahhhhh," suaranya antara hendak tidak hendak.

Panggilan diletak.

"Macamana?"
"Kejap lagi Nasrudin datang, sorang kot."
"Ok la tu, suruh dia naik motor ja," cadang Jembari.

***

Nasrudin tiba dengan Saga bernombor plat MKD 4512. 

Lepak. Dua jam. Atau tiga. Jam pun sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mereka pun sudah penat. Marzuki pun sudah hilang mengidamnya. Puas. Memang betul lah kata Jembari, ini memang tempat terbaik.

"MKD tu bukan kereta kau?" soal Herman kepada Nasrudin, 
"Ni apesal tak tutup lampu?"

"Ah $#@%&*!" Nasrudin mencarut panjang. Baru minggu lepas dia terkena. Entah apa nasibnya hari ini. Dia pun berlari anak ke arah keretanya. Van Marzuki parking selang dua kereta sebelahnya.

Dia cuba menghidupkan enjin, tak boleh.
Mati. 
Bateri kereta kong.

Nasrudin tepuk dahi.

***

Nasrudin baru sahaja tiba rumah dari mengambil keretanya tadi. Ke sana ke mari dia mencari jumper. Hampir 2 jam. Nasib baik abang jual burger baru dua hari lepas mengalami nasib yang sama. Sediakan payung bila dah hujan.

Dia menghempaskan badan ke atas sofa. Dia mengeluarkan telefonnya, teringat sesuatu. Dia buka livescore.


English- Capital One Cup
FT       MK Dons 4-0 Man Utd


Nasrudin tepuk dahi. Kali kedua. Kali ini lebih kuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D