Gym

Marzuki peduli apa, dia hembuskan juga asap dekat muka Alan. Alan mendengus benci, bimbang asap masuk paru-paru agaknya.

"Engkau ni aku tengok bukan main lama bulking, dari tahun satu lagi. Bila nak start workout?" soal Marzuki.

Tubuh badan Alan agak besar, saiz-saiz Jaafar Onn. 4 tahun lepas, tubuhnya macam Saleem Iklim. Bulking punya pasal kot.

"Aku dengan Alan dah daftar gym dah. Targetnya hujung tahun ni dah boleh celen Abu." celah Daniel sambil menjeling pada Abu. Abu tengah buat-buat sibuk konon tak dengar perlian Daniel.

Abu merupakan abang sado paling lejen zaman ini di Kampung Pella. Kalau orang sebut nama Abu, siapa tak kenal. Kalau dibisikkan nama Abu pada binatang-binatang halal dimakan, habis bertempiaran semua. Mana taknya tiba masa raya Haji, memang Abu saja yang setelkan sembelih lembu-lembu dan kambing-kambing.

Tahun lepas paling kemuncak, dia setelkan seekor unta sendirian. Lembu dan kambing tak usah kira lah, budak-budak volunteer lain setakat duduk tepi hirup teh. Kerja yang tinggal untuk dorang cuma tangkap gambar dan upload ke Instagram je.

Abu kalau sarapan tak pernah tak macam raja. Biasanya dia rebus telur 10 biji. Kalau dia rajin sikit, setengah papan. Untuk dinner, dia ratah sardin mentah-mentah dalam tin jenama Milo tu. Dua tin secara purata. Tiap kali nak bersukan atau workout, dia makan pisang 2 biji. Lepas sukan, dia pergi gym pulak, angkat berat  nak bina muscle mass.

"Kalau aku, main futsal 3 jam tu kira buat cardio. Lepas tu pergi gym sebab nak bina muscle, kalau tak aku rasa aku zalim pada muscle aku. Bina tapi tak jaga dorang,"

Begitu lah penjelasan Abu kalau ditanya kenapa rajin ke gym walaupun lepas main futsal 3 jam main 6 sebelah. Islamik kan alasan dia? Menuntut di bumi Anibya' 5 tahun punya pasal.

Pernah seorang brader jumpa Abu, minta tips men-sado-kan badan. Abu segan pada awalnya, namun melihat kesungguhan dan dedikasi brader tersebut, Abu pun melatih dan secara rasminya menjadi personal trainer brader tu. Kira saing-saing Kevin Zahri lah. Hasilnya? Dari berat 120 kg jadi 70 kg, dari pinggang saiz 42, sekarang boleh pakai skinny saiz 32. Sado dia tak payah cerita la, bawah sikit dari Abu.

Takkan la Abu nak biar anak murid dia potong dia kan? Pandai juga Abu ni.

Tapi Abu tak pernah riak dan takbur dengan anugerah Tuhan padanya. Dia seorang yang merendah diri dan bersederhana walaupun memiliki tubuh badan yang sasa. Tidak berat tulang membantu member-member yang dalam kesusahan. Bakar arang, basuh balang, beli perisa, cucuk aluminum foil, serahkan saja pada Abu. Kalau bab pakaian, dia jarang sekali mengenakan pakaian yang mahal-mahal.

Cukuplah pinjam baju member saiz S.

Kini Abu sudah pulang setelah menamatkan pengajian, entah apa agaknya cerita beliau. Masih merebus setengah papan telur kah? Masih meratah sardin dalam tin kah?

Oh Abu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D