Cita-cita menulis

Ini blog aku buat saja-saja pada asalnya. Pasal memang dari kecik aku suka menulis. Tak kisahlah pasal apa pun, janji melibatkan huruf dan tatabahasa.

Pernah dulu aku pasang cita-cita nak jadi penulis, jadi sasterawan kalau ikut kamus budak-budak dulu.

"Kenapa nak jadi sasterawan?" tanya Mommy. Ceh, mommy tu.

"Pasal abang suka tulis-tulis," balas aku yakin.

"Alah setakat tulis-tulis tu sambil-sambil pun boleh," Servis aku dibalas Mommy. Boleh tahan power rupanya Mommy ni.

Masa kecik aku tak berapa nak paham sangat tapi bila dah besar baru aku nampak sebijik-sebijik apa yang Mommy cakap.

Dari dulu lagi rupanya Mommy dah ramal blog, Tumblr, Wordpress dan sebagainya akan wujud.

"Boleh tahan power jugak rupanya Mommy ni," Sambil aku kunyah kacang tulis entri dalam henset.

7 ulasan:

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D