Balik kelas tengahari

Gua naik bas. Member gua pun ikut sekali. Gua tunggu dia pasal harini giliran dia pulak nak bayar tambang.
Gua jalan ke belakang membontoti member gua.

Gua jeling kanan kiri mana tahu ada tempat duduk kosong. Lantas, gua ternampak kelibat seseorang yang gua agak familiar. Rupanya dia classmate Arab gua. Dia ni jenis skorer, baik, disukai geguru dan tak pernah ponteng kelas.

Kalau kat Malaysia, dia ni jenis pengawas pakai spek rambut sikat tepi yang tunggu lu orang lambat tiap-tiap pagi tepi pagar sekolah sambil buat muka kerek gila babi. Pernah jumpa tak? Kalau pernah, lu orang mesti paham apa gua rasa taim tu.

"Apsal you all tak pergi kelas?" tanya beliau.

"Macamana nak pergi, hujan," gua cuba balas dengan logik.

"Atap rumah kami bocor, sebab tu kena balik," dengan tenang member gua sambung terus.

Classmate gua pandang antara hendak percaya atau tidak. Gua terus menuju ke seat belakang dengan member gua tanpa peduli sikit pun. Apa dia tahu, dia bukan pernah hidup dalam rumah beratapkan zink. Cis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D