Cerita K-pop

"Celaka punya orang! Bodoh! Sial lah!" jerit Mastor penuh perasaan. Lalu diikuti dengan beberapa episod maki hamun yang sememangnya kurang senang didengari.

"Apehal kau ni?" tanya kawan sebiliknya, Jalal penuh lembut.

"Takdelah, aku tak puas hati betul dengan perangai orang Melayu sekarang. Kuat betul condemn. Buat itu salah, ini salah, macam lah dia perfect sangat," Suara Mastor masih separa tinggi kerana marah.

"Biasalah, manusia Tor. Mulut mana boleh nak diam. Selagi boleh berbunyi, hah berbunyiklah," balas Jalal cuba menenangkan.

"Ah, aku bengang ni! Baik aku pergi mandi kejap,"

Dalam diam, Jalal tahu apa yang dibengangkan Mastor. Dalam diam juga Jalal tahu yang Mastor, sememangnya peminat tegar K-pop.

Dalam diam juga Jalal takut; takut yang K-pop sudah jadi seperti satu bentuk agama.

"Bahaya betul," bisik Jalal dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D