Penat

Sejujurnya aku akui bahawa ada sebahagian dari diri aku yang sudah penat hidup. Rasanya malas sudah untuk aku harung dunia yang entah apa-apa, yang penuh drama dan cerita kosong yang tak berkesudahan. Entah ke mana hala tujunya. Entah ke mana perginya.

Perangai sana, kerenah sini. Ragam sana, pe'el sini. Penat dan mabuk dengan semuanya.

Yang memegang aku sekarang hanya lah satu persoalan. Satu pertanyaan yang membawa aku pulang ke pangkal jalan semula. Yang membenarkan setiap langkah itu diambil dan ditempuh. Yang memberi semangat untuk hari mendatang. 

"Sudahkah aku layak untuk syurgaNya?"

1 ulasan:

  1. Seorang penjenayah yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tak habis berdoa untuk dipanjangkan umur, kita disini sudah bosan untuk hidup. Ironi kan?

    Ironi nya apabila seorg pesakit cancer terminal stage bernazar untuk diberi kesembuhan supaya berpeluang untuk hidup, kita disini bagaikan sudah jenuh dgn kehidupan.

    Ironikan?
    Manusia. Begitulah hakikatnya. Sentiasa bersikap terbalik. Mungkin tempias dunia yang sudah terbalik(?) seperti kamu aku juga begitu. Bosan pada ketikanya. Dan mengharap pada ketikanya. Mungkin bilamana nyawa sudah dihujung aku harapkan aku diberi peluang, sedangkan peluangp tika ini aku siakan. Dan sesungguhnya aku malu Ya Allah.

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D