Aidiladha perantauan

Maaf kerana dah lama tak update. Maklumlah sibuk uruskan ladang sempena raya haji.

Raya haji di perantauan kalini boleh tahan meriah. Hari pertama saja dah lima jemputan aku dapat. Hari kedua dapat tiga. Hari ketiga dah mula rebus maggi semula.

Kebiasaannya orang akan post gambar masing-masing segak berbaju raya di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram tak lupa juga Myspace dan Friendster, tapi itu bukan gaya aku. Aku kan hipster, jiwa rebel, skinhead for life, punk will never die!all cops are bastard dan sebagainya. Aku tak buat benda-benda mainstream cenggitu, jadi dengan ini aku tak akan post apa-apa gambar yang menunjukkan suasana kemeriahan Aidiladha di perantauan.

Amacam, sombong tak aku?

Cerita pasal jiwa hipster, masa pagi raya sedang aku dengan member berjalan nak cari destinasi openhouse, kami selisih dengan sekumpulan akrowat. Bertudung molek, berbaju kurung cantik, make up nipis antara ada dan tak ada, sedang berjalan berkumpulan.

Dalam ramai-ramai tu, ada sorang tu boleh tahan comel. Sudahlah comel, steady pulak tu sampaikan dia sanggup tahan bau busuk kambing sekandang semata-mata hendak bergambar dengan kambing-kambing tersebut.

Aku dah agak dah, bebudak sekarang memang kerja nak buat benda hipster je. Ceh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D