Yang mana satu?

Jibi cuba untuk bertenang tapi tidak mampu. Peluh sejuk membasahi dahinya. Jantungnya berdegup kencang dek adrenalin yang kian padat dirembes ke seluruh tubuhnya. Hatinya tidak tenang bimbang ada yang mengganggunya.

Gerakan aktin dan myosin kini ligat bersilih ganti. Kalau dilihat ibarat acara Olimpik perahu dayung. Masing-masing gigih bertungkus-lumus berusaha mencapai garisan penamat.

Ke depan.
Ke belakang.
Ke depan lagi.
Dan ke belakang semula.

Pupil Jibi mulai membesar. Terbuka luas.  Dengan pantas neurotransmitter memenuhi reseptor-reseptor yang ada. Sesak hingga ada saja yang lebih.

Nafasnya ditarik dalam sedalam-dalamnya. Diafragmanya kecut menahan udara yang sedang memenuhi segenap ruang yang ada dalam paru-parunya. Nafasnya terhenti seketika.

"Umph!" 

Dengusannya agak kuat sehingga menembus dinding konkrit yang mengepungnya. Di sebaliknya pula, sepasang telinga sedang tekun mendengar.

Antara menyesal atau lega. Keinginan atau keperluan. Yang mana satu?

1 ulasan:

  1. kepala van,aku xpaham apa yg kau tulis..

    ni dah tahap supersaiya level 24 ni

    sedang cter aku komen : kau tulis apa ha?

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D