Bagaimana aku mendapat gelaran 'Terkacak'?

Orang tak pernah tanya kenapa gelaran aku 'Terkacak'. Teringin juga mahu aku kongsi kisahnya tetapi entahlah sesuai atau tidak.

Begini, empat tahun yang lalu, di rumah nombor 2 Saadun aku seorang sahaja sedang online. Aku sedang bosan, maklumlah baru sampai.

Sedang aku scroll newsfeed, tiba-tiba kawan aku masuk.

"Buat apa?"

"Usha facebook kot," jawab aku.

"Takkan lah tengok porno. Kalau tengok porno mesti aku dah gelabah dan suruh kau keluar." Tambah aku dalam hati. 

"Tak bosan ke?" Soalan ramah yang nombor dua.

"Bosan jugaklah tengok facebook je. Aku ingat nak tukar nama lah."

"Nama apa?"

Habis sahaja pertanyaan itu, terus aku pergi ke account settings dan taip Terkacak dalam ruangan kotak surname aku.

"Kau confirm ni?"

Aku balas, "Confirm! Kejap je kan?"

"Ok," balas rakanku ringkas.

Bermula hari itulah aku dipanggil Terkacak.

*****

Sekian sahaja kisahku, kepada yang bertanya.

Kemudian timbul pula soalan, "Kenapa sampai sekarang orang panggil Terkacak?"

Oh kawan, sekali kau mendapat gelaran yang memang tepat melambangkan diri engkau, selamanya gelaran itu bersama kau. Sebenarnya aku harus bersyukur kerana mendapat gelaran yang memang dapat diterima akal.

*****

Nah video



(letaklah video apa yang korang nak)




6 ulasan:

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D