Tips buffet (for Ramadhan)

Tips untuk menikmati buffet dengan tahap maksima mengikut pengalaman dan pendapat aku :

1. Mulakan dengan bismillah dan doa makan. Kalau nak lebih diberkati agar boleh 'pergi jauh' lagi, baca lah wirid-wirid dan ma'thurat sebelum berbuka.
2. Mulakan dengan benda-benda yang masam kerana masam itu membangkitkan deria rasa dan lapar.
3. Minimakan pengambilan bahan-bahan berkanji dan berkarbohidrat. Sesungguhnya makanan tinggi kanji dan karbohidrat itu akan mencepatkan proses pengenyangan sekali gus, mengurangkan keuntungan anda ber'buffet'. Plus, makanan camtu murah dan banyak kat tempat lain.
4. Maksimakan makanan yang mahal-mahal dan rare. Sebagai contoh, makanan laut, daging kambing, kibash, daging dhob, sirip ikan yu, tiram, dan bermacam-macam lagi.
5. Tanamkan pemikiran bahawa minum air itu adalah merugikan. Hal ini kerana air yang banyak akan memenuhi ruang dalam perut sekali gus mengurangkan percentage makanan yang dapat diisi. Hanya minum untuk hilangkan rasa muak dan pilihlah minuman yang masam-masam sikit.
6. Kebanyakan kedai makan kini bertindak lebih bijak dengan meletakkan undang-undang bahawa setiap pembaziran yang berlaku haruslah dibayar, sebagai contoh RM10.00 bagi setiap 100gm. Makanya, ambil lah mengikut kemampuan dahulu, kerana anda harus ingat, ini ialah buffet dan bukannya ala carte.
7. Kalau berbuka, lebih elok pergi solat Maghrib dulu baru boleh makan buffet dengan rasa bahagia, tenang dan lebih teratur.
8. Akhiri sesi ber'buffet' anda dengan bacaan doa tutup makan dan ingatlah bahawa segala rezeki itu datangnya daripada Allah swt. Jangan lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang anda sentiasa peroleh.
9. Sementara itu, ingatlah bahawa di tempat lain, masih ada lagi yang kelaparan dan tidak dapat merasai segala nikmat yang anda dapat sekarang, makanya perbanyakkan sedekah dan menderma lah kepada mereka yang memerlukan.
10. Kalau ber'buffet' sunat bagi anda untuk membawa rakan-rakan ikut sekali. Baru tak nampak foreveralone dan menyedihkan makan buffet sorang-sorang. Nak lebih elok, belanja lah sekali kawan-kawan tu. Baru dapat aplikasi tips nombor 9 tadi terus. Haaaaa.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

2 ulasan:

  1. tahun ini buffet dengan kumpulan yang berbeza :)


    Happy iftar. teraweeh jagan lupa ye :)

    BalasPadam
  2. bila kau nak belanja aku buffet?

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D