Minat seorang anak kecil

Zaman kecik kita dulu memang penuh dengan cerita superheroes atau adiwira. Kita disaji dengan manusia luar biasa yang mempunyai kuasa menjangkau batas pemikiran manusia.

Superman, Batman, Xmen, Power Rangers, Robocop dan tidak ketinggalan Silat Lagenda dan juga Pendekar Laut.

Kalau borak pasal benda ni dulu memang boleh buat gaduh besar. Gaduh pun sebab gaduh pasal siapa jadi watak apa.

Kalau boleh memang semua nak watak yang utama. Kalau lelaki, nak watak yang paling gagah, dapat makwe cun dan kalau dia takde memang kalah lah geng baik. Kalau perempuan pulak, dia nak yang paling lawa, ayu dan paling utama mesti dapat jadi makwe watak utama tadi.

Pendek cerita, kalau dalam Xmen, nak jadi Wolverine kalau Power Rangers nak jadi yang warna merah. Kalau dalam Silat Lagenda nak jadi Hang Tuah.

Tapi aku lain.

Aku dulu tak minat Power Rangers Merah, aku minat warna hitam atau putih. Kalau Xmen, aku minat Gambit tak minat Wolverine. Dan kalau dalam Kluangman aku lagi prefer Tiongman.

Pendek cerita aku tak minat sangat lah yang mainstream. Semua stok yang orang tak minat tapi masih sama power dan kuat.

Nampaknya jiwa hipster dah ada dalam diri aku semenjak kecik lagi. Amboi hipsternyewwwww.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D