Cerita malam merdeka

Masa aku kecik, kalau malam Merdeka mesti tv akan pasang cerita-cerita yang berunsur patriotik. Ada satu cerita dalam banyak-banyak cerita yang aku minat gila. Aku punya minat tu kalah aku minat cerita Ong Bak ataupun Ice Age. Ok tipu, Ice Age atas lagi daripada cerita ni.

Nama cerita tu, Leftenan Adnan.

Peh dia punya masyuk baq hang memang layan habis. Aku punya fokus kalau tengok cerita tu sampai ada sekali adik aku bakar mercun mancis sebelah aku pun aku boleh tak perasan. Kalau time iklan memang aku buat segala benda yang aku pasti takkan ganggu aku tengok cerita tu kejap lagi.

Kalau mak aku suruh sidai baju, aku sidai time iklan.
Kalau ayah aku suruh siram pokok, aku siram time iklan.
Kalau adik aku suruh tanda homework matematik dia, aku tanda time iklan.
Kalau berak, berak pun time iklan.

Aku punya minat tu sampai aku sanggup beli CD original guna duit simpanan aku sendiri. Walaupun duit tu mak aku suruh simpan elok-elok buat belajar jadi doktor nanti tapi aku tak peduli, aku beli jugak. Siap jelir lidah lagi kat mak aku masa beli. Boleh jatuh derhaka aku kalau dah baligh masa tu.

Lepas beli CD tu aku pasang cerita tu berulang kali. Tiap kali bangun Subuh aku tengok, sebelum tidur pun aku tengok lagi. Punya lah aku minat cerita tu.

Nampak tak betapa mendalamnya minat aku kat cerita tu?
Nampak tak?
Nampak tak?

Kalau tak nampak jugak aku pun dah tak reti dah nak cerita macamana lagi.

Ah malas lah aku nak cerita. Buat penat mulut aku je. Air liur habis, tekak pun kering. Nasib baik internet guna rumah orang punya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D