Tentera tujuh bangsa

Dulu punya lekat melodi dia dalam kepala sampai aku ulang lima enam kali. Zaman dia naik dulu aku takde mp3 atau henfon boleh letak lagu.

Zaman dulu aku guna butterfly je. Steady dari PMR sampai SPM, takde rungutan lansung. Bukan macam bebudak sekarang, umur 10 tahun takde iPhone dah pandai tarik muka dengan mak bapak.

Astro lagi lah aku tak ada. Jadi aku tunggu jelah taim-taim tv pasang lagu berderet.

NTV7 biasanya. Pagi-pagi pukul 10 camtu dia dah mula pasang lagu. Aku pun sambil sapu sampah kat halaman rumah dengar elok-elok. Agak-agak macam melodi tu dah nak mula aku berlari masuk rumah.

Lepas tu aku dah lupa melodi dia, maklumlah banyak lagi ilmu nak kena sumbat dalam otak jadi hal-hal melodi lagu ni kita tolak tepi dulu.


Teng tenet teng teneng teng, teng tenet teng teneng teng. Ah cilake ini semua pasal EURO lah benda ni datang balik. Teng tenet teng teneng teng, teng tenet teng teneng teng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D