Matang satu matang dua matang di mana-mana

1. Pemikiran matang adalah sesuatu yang sering disebut oleh setiap orang. Dikehendaki dan diharapkan oleh mereka.

2. Ia adalah perkara yang subjektif. Ia bergantung kepada situasi dan bergantung juga kepada komuniti sekeliling.

3. Ia tidak lahir dari suatu keinginan atau kemahuan. Ia lahir dari pengalaman, pembacaan dan pengetahuan yang luas. Ia bukan satu buatan atau rekaan tetapi ia lahir, ia tercipta, ia wujud secara semulajadi.

4. Maka apa relevannya kalau sesetengah pihak menuntut, meminta dan mengharapkan kematangan pemikiran daripada orang lain?

5. Pada aku itu cuma satu idea, satu pandangan individu terhadap suatu situasi. Bergantung kepada siapa yang melihat, tidak ada garis panduan yang khusus di dalamnya. Tidak ada kayu ukur yang pasti.

6. Yang matang itu sebenarnya lebih gemar untuk diam dan memerhati berbanding lantang bicara soal kematangan pada sekelilingnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D