Variasi

1. Antara perkara paling mustahil di dunia adalah untuk memuaskan hati semua pihak.

2. Manusia sering terlupa akan kepelbagaian dan variasi yang wujud dalam dunia ini, dalam kehidupan sekeliling mereka.

3. Seolah-olah mereka menganggap bahawa satu komuniti itu memiliki latar belakang yang sama, pemikiran yang sama, objektif yang sama dan cara pendekatan serta penyampaian yang sama.

4. Mereka ini, bagi aku merupakan orang yang masih lagi naif dan baru dalam menghadapi masyarakat yang majmuk. Tidak kira lah dari segi mana-mana aspek.

5. Apa yang perlu mereka sedar adalah kepelbagaian ini bukanlah suatu yang patut ditakuti atau dikecam akan tetapi ia adalah suatu perkara yang harus dirai dan digunakan dengan sebaiknya.

6.  Tapi malangnya manusia semakin terikut dengan arus masyarakat dunia; menjarakkan dan menjauhkan diri daripada sesuatu yang berbeza dan asing dari mereka.

7. Lebih teruk mereka mengecam dan mencemuh mereka yang berlainan dari mereka.

1 ulasan:

  1. Sebenarnya tajuk dan isi tak berkaitan kan?

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D