oh?

Tidak semua perkara yang kita mahu akan kita dapat.

Ini adalah antara lumrah hidup di dunia. Antara lumrah dunia yang kita tidak mampu nak sangkal dan elak. Kadang-kadang bukan kerana hati yang tamak atau nafsu yang bergelojak, tapi kerana memang secara adilnya memiliki itu bukanlah suatu sifat manusia.

Punca kita merungut, punca kita mengeluh, punca kita berusaha. Semua kerana apa yang kita hendak kadangkala tidak akan dapat kita miliki. Meski dapat sekali pun akan ada kerugian atau pengorbanan yang terpaksa kita tanggung, melepaskan sesuatu yang lain demi memenuhi kehendak dan keinginan kita.

Semua berbalik kepada diri sendiri.

Pertimbangan seseorang antara keperluan atau kehendak, impian dan kemampuan, realiti atau fantasi.

Dan atas izin Allah, akan kita terima sesuatu. Walau pada hemat kita ianya buruk, walhal ia adalah yang terbaik buat kita sebenarnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D