Kuasa

Agama bukanlah lesen untuk kamu berkuasa ke atas orang lain
- Dr MAZA 


1. Ramai orang semakin sedar akan kepentingan untuk menuntut dan memahami ilmu agama terutama sedang dunia rancak dimamah arus pemodenan dan globalisasi.

2. Ramai juga yang mula mencari sumber-sumber rujukan ilmu agama yang pada mereka mudah dan tidak menyusahkan.

3. Tidak salah bagi mereka untuk mengejar ilmu agama bahkan aku puji niat murni mereka alhamdulillah.

4. Namun harus dijelaskan semula niat menuntut itu kerana adakalanya kita terlalu mudah menghukum dan menilai orang hanya kerana ilmu agama yang kita ada. Ilmu yang tidak seberapa ini.

5. Lalu kita mula mengemukakan pendapat dan hujah berdasarkan ilmu yang telah kita perolehi kepada orang ramai. Bukan untuk memimpin mereka ke arah kebenaran akan tetapi untuk membuktikan mereka adalah salah dan kita adalah benar. 

6. Mengharapkan lebih ramai yang akan bersetuju dengan kita, menyokong kita dan menyertai kita.

7. Lebih buruk lagi apabila semua ini dilakukan atas nama dakwah. Atas nama Islam. Atas nama amar makruf nahi munkar.

8. Ini teguran dan peringatan untuk diri sendiri juga.

2 ulasan:

  1. betul cakap luqman. semoga kita dijauhkan dari menggunakan islam untuk kepentingan kita sendiri.

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D