Asas hidup

Fitrah semua manusia adalah sama, seperti binatang. Tidak kira bangsa, warna kulit mahupun keturunan. Apa yang membezakan satu sama lain adalah barangkali etika hidup, prinsip dan paling penting; agama.

Secara asasnya, agama memegang seseorang itu dengan memberikan mereka batas-batas dalam kehidupan. Kita harus akui manusia sendiri perlu kepada batasan atau halangan. Kita semua sedia maklum salah satu fitrah manusia di dunia ini adalah tamak. Dan agama inilah yang mengawal ketamakan mereka dan menyalurkan ketamakan tersebut ke arah yang sepatutnya.

Setelah sekian lama seseorang itu menuruti segala arahan menjauhi batas-batas tersebut akan sampai suatu masa di mana beliau akan mula terfikir, berimaginasi tentang mengapa dan apa yang kurangnya atau salah dengan batas-batas tersebut. Mengapa tidak boleh begini? Mengapa tidak boleh begitu?

Once again, di sini kita dapat lihat salah satu fitrah makhluk hidup di muka bumi ini. Curiosity atau sifat ingin tahu.

Maka untuk memenuhi fitrah manusia, diberikan ilmu kepadanya. Kemudian terisi rasa jiwanya, rasa tamak mula menguasai diri. Namun di sini konsep tamak yang diamalkan adalah sejajar dengan tuntutan agama walaupun pada masa yang sama, ada agama yang telah mengehadkan setakat mana ilmu yang mampu ditampung oleh manusia biasa.

Agama secara amnya adalah satu guideline atau rujukan kepada manusia untuk hidup di atas muka bumi ini. Tentang bagaimana untuk hidup, apa yang patut dilakukan dan bermacam-macam lagi. Dan setiap agama itu mempunyai matlamat mereka yang berbeza.

Here's the part where everything shows.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D