Adat istiadat

Melayu adalah antara bangsa yang kaya dengan adat istiadat dan budayanya. Not to mention peri pentingnya adab dan sopan dalam kehidupan seharian. And given the best conditions in the world, memang tak dinafikan Melayu boleh pergi jauh dan cemerlang dalam setiap aspek.

Dan aku masih percaya kepada maksud-maksud tersirat pantang larang, simpulan bahasa, peribahasa dan cerita hikayat turun temurun. Dan bagi aku, inilah yang sebenarnya memegang kaum Melayu dari dulu sampai lah beberapa tahun yang lepas.

Kenapa beberapa tahun lepas?

Kerana bagi aku, sekarang Melayu seolah-olah kehilangan identiti. Kehilangan hala tuju. Mungkin kerana setelah begitu lama kita hidup di bawah pantang larang, cerita hikayat dongeng segala apa yang sekian lama disajikan, generasi pasca millenium kini tampak ingin hidup lebih moden, lebih global dan lebih 'up' bak kata orang kebanyakan.

Andai kata Melayu itu masih berpegang kepada keMelayuannya. Berpegang kepada segala apa yang telah diturunkan oleh nenek moyangnya barangkali mungkin Melayu adalah bangsa yang terbaik dalam dunia. 

Tapi harus diingat tak semua warisan itu baik, bergantung kepada diri kita sendiri untuk menilainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D