Kenduri

Adik perempuan gua hentak hentak kaki nak balik asrama petang tadi. Ya lah, melepas kenduri saudara. Kenduri tu waktu malam. Melepas lah dia.

Time time anak anak perantauan jauh pulang ke tanah air ni lah ramai orang nak buat kenduri. Pasal apa pun gua tak tahu. Tapi banyak tu memang banyak lah. Nak cerita pasal kenduri ni, kebiasaannya, ada dua jenis orang atau manusia yang akan datang ke majlis kenduri kahwin ni.

Lelaki dan perempuan.

Konsep dan objektif datangnya cukup berbeza. Jauh berbeza kadang kadangnya. Seperti sedia maklum, kalau lelaki semangat nak datang kenduri ni tidak lain dan tidak bukan sudah tentu pasal makan free. Bagi bapak bapak, dah save duit belanaja utk makan family. Kalau boleh dapat susun makan tengahari malam dan pagi kat kenduri pun lagi bagus. Lagi afdhal.

Tapi selalunya perempuan ni lain sikit. Lebih leceh. Kalau lelaki, mai kenduri, habes makan, salam sana sini, balik lah. Tapi kalau perempuan? Nak belek pelamin lah, nak tengok pengantin lah, katering amek katering mana lah, itu lah ini lah, serab serbi lah. Makanya, daripada tujuan datang untuk makan free kejap tadi, dah jadi berjam-jam dah untuk perkara perkara yang telah dinyatakan di atas.

Pasai tu payah nak atuq kunch dinner breakfast dan supper semua kat kenduri.

Apa-apa pun, kenduri makan free ka, makan berbayaq ka, pelamin pink ka, kuning ka, hakikat tetap hakikat.

Ganu menang FA Cup

Maka dengan ini saya ingin menjemput saudara untuk hadir ke kenduri kesyukuran Ganu menang FA Cup saya yang akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian. Jemput datang ya. Makan nasi dagang beb. Gua tak jamu nasi kerabu. Hehehehe.

p/s : Abe Daudsu kalau nak mai, mai la. Terima kasih banyak lah kat hang noooo :p


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D