Apa kes begini?

1. Kes Mak cik Hajjah buat belog kutuk umat Islam.

Baiklah, sedih memang sedih. Panas memang panas. Tapi sebenarnya dalam keadaan begini, kita selalu jatuh ke dalam perangkap dan permainan musuh kita. Perkara pertama, kita tanya balik, kenapa agaknya makcik tu buat belog then kutuk Islam, agama rasmi Malaysia?

Sama jugak kalau kita tanya, kenapa Astro tak bagi Amir keluar awal dari Maharaja Lawak? Kenapa?

Jadi bila kita dah tahu bagi jawapan tadi, maka sudah jelas bagi kita apa tujuannya. Kalau tak nak femes, saja mahu cari pasal. Tapi kalau dia cari pasal pun, biar lah dia cari pasal. Kita bukan kenal pun pasal siapa kan? Oktaklawak.

Tapi pokok peri pentingnya di sini, jangan lah kita mudah melatah dan mengamuk tak tentu hala. Ini lah kelemahan Melayu dari zaman Parameswara lagi. Kita marah orang kutuk Islam, tapi kita pulak buat perangai macam bukan Islam. Dok kutuk, dok maki hamun. Ini bukan cara kita. Ini bukan apa yang Islam ajarrr.

Apa yang Islam ajar?

Orang yang paling gagah itu adalah mereka yang mampu menahan dan mengawal nafus amarahnya. Lebih kurang begitu lah hadith yang aku pernah dengaq dulu. Orang tu dok gigih kutuk sana sini, photoshop gambaq 375418976513765187 jam dalam bilik nak bagi kita marah, tapi bila dia post, publish.

No visitor.
No comment.
View pun ZERO.

Tak ke panas hati makcik tu? Penat penat dia buat tapi tiada respon. Kita jaga nafsu amarah kita. Kita sabar sesabar-sabarnya. Dan untung kat siapa? 

Kita.

Pasai ada kemungkinan makcik tu fedap gila belog dia takdak respon, last-last dia shut down blog tu and pi kutuk agama lain yang mungkin boleh memberi respon yang lebih baik. Jadi pada pendapat aku, kita abaikan lah mak cik tu. Kalau kita nak marah marah pun takdak guna. Nak marah pun paling kuat lu tekan keyboard lu kuat-kuat, last last keyboard lu jugak rosak. Mak cik tu relax je minum teh O ais kat rumah sambil gelak ter kekeh kekeh. Orait?

2. Lambakan kedai makanan dan restoran yang dikatakan haram.

Ini lagi satu masalah kita. Ok lah, first thing's first. Kita dah ada jabatan yang handle bab bab haram halal semua ni kan? Kita dah ada kan? Jadi pada pendapat aku, kalau dah depa pn cakap orait, benda ni halal. Takdak masalah lah bagi kita. InsyaAllah, kita percaya kat depa.

Saban hari, kita dengar kedai ni haram lah, kedai itu haram lah. Kedai ni guna pelaris lah, kedai tu guna jin lah. Tapi hakikatnya? Kita masih lagi tak tahu. Nak tanya tuan punya kedai, segan, malu. Nah ini lah yang orang cakap malu tak bertempat.

"Alah, kalau aku tanya pun, nanti dia cakap tu semua karut lah apa lah,"
"Bukan boleh percaya sangat, entah buat kerja ke tak,"

Memang. Memang perkara macam ni kita tak boleh nak jangka. Kita tak tahu keadaan sebenar. Justeru, saya berharap agar pihak atasan pun, be professional lah ye? Kita tanamkan lah sifat siddiq amanah tabligh fathonah yang Cg Fatimah ajaq masa tadika dulu ye?

Masyarakat pun, jangan lah mudah kita bersangka buruk dan menuduh yang bukan bukan. Serkap jarang ni sangat tak disukai ramai. Jadi, pada pendapat aku jugak lah kan, kita buat lah kajian sendiri. Tapi mana mampu lah. Takdelah pergi setiap sebuah kilang makanan nak pastikan halal ke tak rumpai laut tu ye dak?

Lagi satu, pasal list yang dikeluarkan tu tentang segala E tu, E475 lah, E786 lah, Eminor lah, E7 lah, E72 lah dan etc yang tu pun kita kena faham, tak semua tu menggunakan babi khinzir. Ada yang menggunakan sayuran dan benda benda yang halal.

Sebagai contoh, ada satu brand susu ni, ada E berapa tah dalam ingredient. Tapi yang aku cukup pelik, kat Saudi dan seluruh pelosok negara Arab pun ada dijual tanpa halangan dan secara terang-terangan?

Kalau begini ni macamana gayanya? Gua ambil jalan tengah, gua tak beli brand tu. Mahal pun mahal. Tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, kita pun kena reti lah mana nak tolak, mana nak ansur. Mana nak beri mana nak ambil kan?

Bukan kah tolak ansur itu satu amalan yang mulia?

Dan akhir pesanan, kadang kadang, apa yang kita dapat, kita baca kat internet ni, haruslah dirujuk pada mereka yang lebih ahli tentang hal begini. Bak kata orang tua, hanya jauhari mengenal manikam. Takkan lah lu  nak tahu anak Mak Jah tu single ke tak lu tanya orang kampung sebelah ye dak?

p/s : Karangan di atas adalah berdasarkan pemikiran kolot dan tohor gue aja. Kalau nggak diterimain, nggak apa apa sih. Gue pun nggak bisa terangin secara detail. Peace ya..

3 ulasan:

  1. Thanks for at least looking at the url that i gave regarding the blog makcik even busy with piles of notes :)

    and as i will always say, "bijak jugak budak ni"

    :D

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D