Melayu Baku

Sejujurnya gua jarang update sebab internet tahapehapetah ye. Menyampah kalau dah sekali guna tu. Tambah tambah pulak kat Bumi Syam ni belogsepot disekat. Apa kejadahnya dia sekat gua pun taktahu.

Dengar kata pasal pilihanraya baru baru ni. Taknak bagi puak haluan kiri menghasut melalui alam maya. Padanlah kerajaan menang mudah tanpa undian kepada pembangkang. Ini bukan pilihanraya.

Sebab kedua adalah kerana laptop aku buat hal sikit. Dia kurang berfungsi dua tiga bulan lepas. Ya, dua tiga bulan lepas ye. Jadi adalah sangat logik untuk tidak mengaktifkan Yahoo Messenger dan apa apa barang alat komunikasi yang memerlukan papan kekunci QWERTY dan skrin berapa inci entah.

Juga adalah sangat malas memandangkan jadual peperiksaan teramatlah padat dan sendat. Berderet dan packed kata orang orang muda kini. Oh sungguh hip dan trendy ya mereka sekarang.

Sekali sekala guna Bahasa Melayu baku ada juga enaknya. Terasa macam zaman zaman dahulu kala. Ala, macam dalam KOMSAS. Kahkahkah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D