Kahwin muda

Haritu aku datang tengok senior aku akad nikah. Dengan budak batch dia juga, bezanya jurusan lain. Dia Tahun Lima Perubatan, isteri dia Tahun Lima Pergigian. Kira dia ada setahun lagi di sini insyaAllah dan isteri dia pula di tahun akhir. Ceh, jadah apa aku pergi taip semua. Konon terpengaruh dengan utusan (post) sebelum ni lah?

Jadi masa tengah akad tu, si pengantin(?) pun berpeluh peluh mungkin pasal aku tengok dari jauh saja. Tak berani dekat dekat. Stok dekat dekat ni semua geng geng jurukamera saja. Kena ada pegang DSLR sebijik baru boleh ada permisi nak rapat-rapat dekat-dekat. Jadi aku tonton dari jauh sahaja lah. 

Aku duduk dengan kawan aku pulak masa tu. Eh, silap. Dengan kawan-kawan aku. Ada beza tahu kawan dengan kawan-kawan. Kata ganda ulangan kata Cikgu Fatimah, cikgu Bahasa Melayu aku dulu. Kat mana lah dia sekarang, aku agak geng-geng budak Al-Amin Kuala Lumpur mesti ingat dia. Iya lah, aku yang empat tahun je kat situ pun ingat, kalau korang yang penuh enam tahun tak ingat, memang celaka lah jawabnya. Kahkahkah.

Oh ya, pasal kawan-kawan aku tadi kan? Ha, ada sorang kawan aku ni, sampai berpeluh-peluh tengok brader tu akad. Entah kenapa. Bila ditanya, dia kata rasa gementar. Celah mana datang rasa gementar tu tak tahu pulak aku. Mungkin sebab dia tengah duduk sebelah awek Arab hot mungkin. Yang lain pun angguk-angguk lah tanda faham.

Aku perhatikan orang lain, masing-masing meliar biji mata, terutama para lelaki lah. Maklumlah, datang majlis akad, ambil berkat kononnya. Biar ada tempias-tempias sikit. Alang alang tu, terus jumpa calon boleh juga. Apa dia ingat hidup ini seindah cerita Sepi ke? 

Oke lah, selesai akad, si pengantin lelaki pun sarungkanlah cincin. Part ni aku dah faham dah perangai perempuan. Masing-masing pakat cucuk para pengantin suruh buat benda manis-manis. Gua tak tahu lah takat manis tu macamana. Tapi gua respek pengantin lelaki pasal dia buat tak hirau saja bisikan-bisikan dan godaan kaum Hawa di belakang. Dia cuma pose ala-ala comel je dengan pengantin perempuan. Itu pun aku tak tahu lah cukup comel ke tak, gua rasa dia pasang muka ketat je sepanjang akad. Hahaha Hebat dia.

Maka kecewa lah para perempuan kerana tak dapat tengok para pengantin buat sweet-sweet.

Ini kata kawan aku lah, aku dengar je. Biasa lah, orang paling terkebelakang dalam batch. Sunyi sepi. Tunggu family jela bagi kata putus. Yang lain masing-masing balik dah pasang niat dan angan-angan. Tak kurang juga yang terus cancel plan nak pergi melancong jauh cuti nanti. Nak simpan duit katanya. Kuat sungguh tempias orang kahwin ni.

5 ulasan:

  1. entahlah. tertutup hijab kot. haha

    BalasPadam
  2. haha. nnt smpai masa terbukak la tuu

    BalasPadam
  3. fes time hari tuh tengok akad kat sini.hoho.

    BalasPadam
  4. akuaqilah : oh ya. aku pun.

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D