100th

Betul ke sushi sedap?

Aku tengok kaum Hawa kemaen lagi masing-masing mencuba. Tak sah kalau tak pernah makan sushi gamaknya. Tak feminin atau comel barangkali. Nak nak pulak masing masing nak kena ada album dengan 2371546176871 gambar ketika sedang makan sushi. Itu gambar sushi saja. Tak masuk lagi 6247572892 gambar mereka berposing sakan sesama mereka. 518645176189 Gambar sedang-pose-makan-sushi tak payah cerita lah. Profile picture pun boleh jadi.

Jadi aku pun dari dulu tertanya-tanya dan bertanya lah, adakah sedap sushi itu? Member gua ada sorang kerja Sushi King dulu kata memang sedap. Dan dia lelaki. So aku pun tak boleh nak tolaklah pendapat dia bulat-bulat kan?

Ini semua mungkin pengaruh cerita Jepun. Awek comel makan sushi, kita yang nak jadi comel ni, kena lah follow. Ye dak? Eh, silap. Bukan kita. Korang :p

Tapi sedap ke? Yalah, mana lah tahu. Pesen makan sekali lepas tu dah tak makan-makan dah pun ada juga. Kahkahkah.

6 ulasan:

  1. sushi king xhalal.
    contain alcohol in certain food.
    be aware :)

    BalasPadam
  2. xsedap pon sushi.
    huhu.
    sambal belacan lagi best.

    BalasPadam
  3. aku rasa nak termuntah makan sushi.
    perut aku tak leh terima kot. ;p

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D