Rumah masuk pencuri.

Salam,entah kenapa dah malas nak update belog sejak kebelakangan ni.
Mungkin takde cerita,tapi bukan hari ni !Ni update baik punya.Serius ini cerita betul,tak tipu punyaa.

Lebih kurang 45 minit sebelum post ini ditulis,ada orang cuba pecah masuk rumah aku.
Aku terdengar bunyi yang mencurigakan,aku keluar,nampak dia,aku mula pasang kekuda aku,bukak sikit bunga bagi dia gentar,dia dah ready dengan pisau dia,aku tunggu dia masuk,dia pun terjah dengan pisaunya.
Pisau tu dalam 5 inci panjangnya.Aku elak,aku kunci lengan dia,pastu aku disablekan dia.Pisau terjatuh,aku sepak jauh jauh sambil tahan sakit sebab mata pisau kena ibu jari.
Lalu aku hayun lutut kat perut dia.Then siku belakang,dia mengaduh kesakitan.Aku siku kali kedua,dia dah tak berbunyi dah.

"Bagus!Kuajja lu,rasakanlah," detus hatiku.

Aku terus palingkan muka dia mengadap aku lepas tu aku tenung dalam dalam sambil membulatkan mata dan berkata,

"Kau jangan berani nak masuk rumah ni lagi,masuk lagi.Siaplah kau! Celaka!!" Jerit aku penuh perasaan dalam Bahasa Arab 'Ammiah Jordan.

Aku cuba untuk lemahkan dia lagi,sebab aku dapat rasa dia masih hendak melawan.Aku tolak dia jatuh,dia bangun semula.Dia bersedia,kalini turn aku pulak masuk.Tadi kan dia masuk dulu.
Aku terjah,dia nak elak,tapi aku cukup pantas untuk fahami gerakan tipikal itu.Buat penatlah aku pergi bertapa kat Air Terjun Hutan Simpan Lanchang bersama Tok Guru aku.
Aku paling semula dan hayun kaki aku 180 darjah tepat kena muka dia.Dia terpelanting.Terkesima sebentar atas kecekapan dan kepantasan aku mungkin.
Then,dia nak bangkit semula,tapi dah lemah agaknya dek terkena teknik Sepakan Tanpa Bayang aku.Aku tamatkan pergaduhan kami dengan menapak leher beliau.Dia terus pengsan.

Lalu aku pergi kejut housemate aku yang masih tidur.Dan semua berjalan lancar lepas tu.

Macamni lah lebih kurang gaya aku bagi Sepakan Tanpa Bayang aku.

Gambar passport Tok Guru silat aku,terima kasih kerana mengajar saya dulu.Tidak sia sia Tok Guru mengajar saya.

Lebih kurang camni la gaya pencuri tu pengsan.( Model tak berbayar,maaf :D )





p/s : Of course,itulah apa yang aku nak cerita kat korang,tapi sayangnya masa kecik,gua tak belajar silat.
Nak belajar Matematik dulu alasannya.Kan sekarang dah rugi.
Macamni lah cerita dia.

Aku keluar,nampak dia,dia lari.Aku kejut housemate yang masih tidur,check ada barang hilang tak,then aku sambung belajar,housemate sambung tidur.

Dia kata nak jumpa pencuri tu dalam mimpi,kasi tapak sedas dua.Baru puas hati berbaloi kena bangun tidur awal.Aku sambung baca buku Physiology exam final 29 ni.Lepas tu baru aku teringat,

"Dah lama aku takhapdet belog kan?Ada cerita ni,"

Post pun ditulis dan di'publish'.Sekarang korang tengah baca sambil tertanya tanya apa terjadi kan?Jangan bohong,aku tahu.Kahkahkah

24 ulasan:

  1. cam siot.
    apaa ni? apa ni? apa ni?
    gua blur.

    BalasPadam
  2. hahahahaa. pagi tadi rumah aku masuk pencuri,then macam yang aku cerita bawah tu.

    BalasPadam
  3. kira nya ad orang masuk ke tak? aku dah tak faham dh.

    BalasPadam
  4. kira nya ad orang masuk ke tak? aku dah tak faham dh.

    BalasPadam
  5. calon2 penglipur lara alaf baru.. cerita KEBABOM anda sungguh menarik.. :)

    BalasPadam
  6. aku tau sape model tuh!

    BalasPadam
  7. Najib : ada.ada.tapi part yang bawah tu cte betul.yang atas tu cerita hikayat masyarakat Melayu Irbed.kehkeh

    anon : terima kasih. :D

    BalasPadam
  8. amenda nehhh??
    direct trus tnya sbb mmg tak paham.

    BalasPadam
  9. mati hidup balik,
    ini tidak akan saya percayai
    melainkan ada video bukti.

    BalasPadam
  10. izyan : rumah aku kena masuk pencuri baru baru ni.tapi dia tak sempat curi :)

    kak one : the fact that somebody broke into my hse,itu akak kena percaya,and the part yang saya halau dia.kehkeh

    cely : (?)

    BalasPadam
  11. ammmmmmmm////
    ,,,,,......,,,,,,
    kkkkkkkooooookkkkkk


    wtd..aq x fhm...


    ????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

    BalasPadam
  12. -.-" apa kau merepek ni anon?

    rumah aku kena masuk pencuri.tu je.ishh3

    BalasPadam
  13. tudd.

    anda telah mndapat awardd! :D

    please kindly visit my blog.
    tq.

    BalasPadam
  14. wow..masuk pencuri..kagum..haha..xde r..tp sume ahli umah selamat en..?hee..

    BalasPadam
  15. selamat selamat,alhamdulillah.kehkehkeh

    BalasPadam
  16. gler hebat r ko lawan pencuri tu..
    aq bayangkan ko mcm jackie chan je...
    hoho lukman trkachak chan :)

    BalasPadam
  17. ohh saya mmg hebat.terima kasih.kehkehkehekeh

    BalasPadam
  18. sorry dah lama xhapdet belogg :((

    BalasPadam
  19. eeerrrr... gambar tok guru kmu tu mcm kenal je.. seyes ke tu tok guru nyer??

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D