Hampagas punya entri

Salam.Esok exam,malam ni rasa macam malas nak study,kata member aku dulu,amalkan teori belon.Faham tak kengkawan macamana teori belon ni?

Teori Belon
Dari Wikipedia Bahasa Melayu,ensiklopedia bebas.

Teori Belon merupakaan sebuah teori yang menggunakan belon sebagai sumber inspirasinya (?) Teori ini digunakan secara meluas dalam bidang pembelajaran dan pengajaran terutamanya dalam kalangan pelajar pelajar yang gemar belajar di saat saat akhir.

Etimologi
Sifat belon yang elastik membolehkan udara untuk mengembungkannya (?) dan mengisi ruang kosong yang ada sehingga belon itu sampai ke saiz yang tertentu.Material yang digunakan untuk membuat belon itulah yang menentukan saiz maksimum yang mampu dicapai oleh belon tersebut,dalam erti kata lain,jumlah udara yang mampu ditampung belon tersebut adalah bergantung kepada material belon tersebut.

Kaitan dan perbandingan
Sifat semulajadi belon ini diaplikasikan dan disimulasikan (?) kepada otak manusia.Otak manusia mempunyai kapabiliti yang tersendiri.Setiap individu mempunyai kemampuan otak yang berlainan.Oleh sebab itu lah wujudnya sistem pemarkahan,jumlah IQ bagi setiap individu,pembahagian kelas di sekolah dan sebagainya mengikut kumpulan-kumpulan tertentu.Berpandukan kepada sifat belon yang telah dijelaskan sebentar tadi,belon yang dimaksudkan ialah otak manusia itu sendiri dan udara yang diamaksudkan di sini adalah apa apa benda yang digunakan untuk mengisi otak anda sebelum peperiksaan terutamanya di saat saat akhir.

Teori Belon
Teori Belon mengatakan bahawa ilmu atau jumlah bacaan yang sudah selesai dibaca dan difahamkan hendaklah dihentikan proses inputnya kerana dikhuatiri mampu untuk meletupkan otak tersebut atau dalam sesetengah kes,proses reflux atau patah balik (?) akan berlaku.Antara punca punca utama komplikasi sedemikian berlaku adalah kerana kekurangan keyakinan diri,perang psikologi rakan sebaya,sistem pemarkahan yang tegas,kurang tumpuan dalam kelas dan banyak lagi.

Selain Teori Belon,terdapat banyak lagi teori teori popular lain seperti Teori Osmosis,Teori Ekuilibrium dan sebagainya.

Lihat Juga

  • Teori Osmosis
  • Teori Ekuilibrium
  • Teori Pacasunda
  • Teori Einstein


p/s : sumpah ada gaya Wikipedia kan?Kan? Bosan punya pasal Shayne Orok is the coolest !

10 ulasan:

  1. beza belonn n otak ,
    belon dgn mudahnye meletop bile dcucuk ngan jarum

    otak plak hehe ???

    http://pernahterfikir.blogspot.com/p/bile-time-exam.html

    BalasPadam
  2. berd : wallaweh,cilakak gua dpt?kehkeh

    kiko : kebenda hapenyeeeeeeee ??

    k2r 90 : kita abaikan je dulu part jarum tu.tapi jarum tu ibarat provocation org la,kalau kita tgh sarat dgn ilmu otak kita,ada pulak org guna kata kata utk provoke kita,boleh jd otak kita melenting kn?so itulah analoginya.hehe

    harap menjawab soalan.

    BalasPadam
  3. oohOO ok analogi y menarek !!

    BalasPadam
  4. best. LIKE LIKE :D
    hehe.

    BalasPadam
  5. ohh terima kasih.terima kasih.

    nader,mana yg kau setuju?macam wikipedia ke,teori beblon?kahkahkah

    BalasPadam

I know some of you got no blogger account, but at least jangan lah guna nama Anonymous, susah aku nak refer nanti. Think of a name okay? Thanks! :D